Betul ke Tidak

Perkara yang di nanti-nanti oleh aku dan suami.. bulan ni da 3 hari aku tak datang period.. Ya Allah harap2 sudah ada la janin didalam perot ku ini.. Tapi semalam aku sudah buat pregnant test, aku tengok kat kotak tu result 1 minit..aku tengok tak ada 2 line pun.. 1 line je.. Aku terus campak dalam tong sampah dengan perasaan kecewa.


Time lunch suami aku balik rumah jap, dia tengok lagi pregnant test tu, dia cakap ada 2 line, tapi yang 1 line tu kabur2 je.. Aku balik kerja terus la tengok.. A'a la memang betol suami aku cakap ada 2line. Tapi aku taknak mengharap sangat. Aku tunggu lagi seminggu. Kalau lagi seminggu aku tak datang period baru aku pergi cek dengan doktor.. Harap2 betol la.. Amin...

BULAN OKTOBER 2012

Kenapa dengan bulan oktober 2012?? Erm aku masih menuggu dengan penuh harapan agar bulan ini aku tak didatangi period. Dalam hati meronta-meronta dan berdoa agar bulan ini period tak datang.
Tapi aku tak boleh terlalu mengharap. Takut kecewa. Aku selalu datang period 28hb.. Hari ni 22hb.. Huh! lagi 6 hari. Ya Allah mudah-mudahan usaha ku kali ini menjadi la Ya Allah..

Aku selalu baca doa ni " RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA" untuk cepat dapat anak. Tapi Allah masih belum memberi aku rezeki lagi.

Ya Allah makbulkn permintaan ku..

SEDIH + HAMPA = KECEWA


Minggu ni aku balik ke kampung..Jumpa my mom tersayang.. Huh baru la lepas rasa rindu ni.
Kebetulan balik kampung aku pergi la mengurut.. uRUT pe? peranak kan aku ler.. Nak anak cepat kan.. Mak cik tu urut aku die tekan pusat dia cakap ada rasa nadi kuat ni. Wah! nadi? aku pregnant ke?? belum pasti lagi la.. sebab aku belum priod lagi bulan ni.

Balik rumah aku bagitahu suami tercinta.. dia pun excited sangat.. suruh aku beli pregnant test lagi..hehehe.. kiteorang pun pergi ar beli.. n aku pergi la test dengan penuh harapan mintak line dua ar.. ( positive).. Tunggu punye tunggu, mana line lagi satu ni?? bila nak timbul.. Ermm jawapan nye negative la.. aku TAK PREGNANT!! Out dari toilet, suami da tunggu depan toilet.. Bagitau juga la dengan persaan sedihh.. Suami aku cakap tak pelah belum ada rezeki.Aku pula cakap maybe baru lagi pregnant test tak dapat kesan kot. Tunggu lagi seminggu..

Hari ini aku pergi kerja,  aku PERIOD.. oo NO!! Dah memang betol la aku tak pregnant..
Hampa nya harapan aku..Nasib-nasib.. belum ada rezeki.. WHY? KENAPA? doa aku tak dimakbulkan oleh Allah? Aku ingin rsa kebahagiaan dengan ada nya baby di rumah aku.. Ermm mungkin betol kata suami aku belum ada rezeki.. Usaha lagi..

PEREMPUAN

Perempuan..perempuan.. ada apa dengan perempuan?? Macam-macam ado hihi..
Orang cakap untung jadi perempuan. Lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan. Betul ke? memang betul la wei. Tanpa perempuan lelaki tak sempurna tau.

Cuba tengok kalau dah kahwin. Kalau isteri tak basuh baju suami, seluar dalam suami  alamatnye memang berkulat la hehehe.. Rumah, bilik air kalau isteri tak kemas dan basuh memang jadi kapal karam la kan..  masak semua la.. apa orang cakap perempuan ini SUPER WOMEN la.. Aku bangga
jadi PEREMPUAN!! wah semangat betul aku ni..

Tapi jadi perempuan perlu banyak sabar ooo.. bertubi-tubi soalan akan orang persoalkan. Masa bujang  Orang akan tanya, bila ekau nak tunang? tak do calon lae ko?. Eeeee.. sibuk je la orang ni hendak tau bila aku nak tunang..kadang-kadang aku jawab je tunggu mak cik kahwin lagi sekali ek.. jawapan agak kasar dan biadap..Huh! lantak la hai sape suruh tanya hehe..

Bila aku sudah tunang orang akan tanya pula bila nak kawin.. jangan lama2 tunang tak elok.
Eleh sibuk je, bukan dia pun yang bagi duit hantaran. kalau dia yang tolong tunang aku bagi duit hantaran tak pe gak. Ni banyak cakap lak dia. Bila da ramai kebeno tanya aku soalan macam tu aku jawab maybe sok kot kahwin.. ha! ambek kau jawapan yang biadap lagi. Tension oooo orang ni tak penat ke nak tanya soalan-soalan cepumas macam ni?? Ayoyo..APTB

Sekarang aku dah kahwin pun.. Nak masuk 3 bulan aku kahwin. Aku pikir bila aku da kahwin tak ada soalan cepumas lagi.. Rupe2 nye memang ada la.. OOO Oiii.. mana-mana aku pergi mesti sedara, kawan-kawan tanya da de isi ke? adoi ai baru lagi la.. Stress nye nak jawap  soalan macam ni. Lagi teruk hari tu aku baru je tak smapai sebulan pun dah de orang tanya. Apa ke pelik orang ni.. Tak kan la cepat sangat aku pregnant  kot.. Kalau sebulan aku kahwin orang tanya da de isi ke? aku jawab isi perut de ar! Sampai sekarang orang dok tanya aku da ada ke? Aku hanya mampu berkata tak ada rezeki lagi.

Siapa yang tak nak anak bila da bergelar isteri dan suami. Tapi aku hanya mampu buat projek je :) Allah yang berkuasa. Samada Die nak bagi awal atau lambat. Dalam hati aku hanya mampu berdoa dan tawakal sahaja.

Macam-macam petua kawan aku bagi tapi belum ada rezeki aku nak buat macam mana kan.. Hanya naluri seorang perempuan yang sama nasib macam aku je tau rasanye kalau orang asyik dok tanya.. Sedih + geram = TERTEKAN.

Tapi alhamdullilah suami aku bukan jenis push aku. kalau tak masak gak aku.. nasib dia banyak bagi semangat kat  aku.. Terima kasih abang kerana memahami ayang.. Sayang sangat abang muuuaahh :)






Bangun dari tidur terus rasa rindu pada mak menebal, hingga aku sendiri tak sedar air mata aku  mengalir. Bertapa rindunya aku kat mak :( . Aku sendiri tak tau kenapa tiba-tiba aku rindu mak.. mungkin mak juga rindu pada aku? Ya Allah sampaikanlah salam rindu dan doa untuk mak aku.

Aku pergi kerja pagi ini seperti biasa,  suami tercinta hantar ke office. Tapi hati aku tetap sayu mengenangkan mak aku. ermmm.. What happen to me?? Sampai je kat office macam biasa aku on FB hehehe.. ( jahat aku kan) .. Aku chat dengan adik aku..Cerita pasal mak, adoii terus gugur air mata aku membasahi pipi aku yg gebu dan lembut ni ( perasan lebih je ni).

Aku terus msg suami aku..

Aku    : Abang, ayang rindu sangat kat mak. Hati rasa sayu je. ( Air mata berderai lagi)
Suami : Minggu ni kita balik eh..

Dengar suami aku cakap macam tu lagi la aku nangis.

Malam tu, aku terus call mak.. tanya kabar.. alhamdullilah sihat.. lepas gak rindu kat mak aku.

Minggu nak balik kampung, jumpa mak. biasa la orang sudah kahwin, masa untuk mak pun tak cukup bagi aku. jumpa mak macam sekejap je. sedih nya..sop..sop..sop..


I LOVE MY MOM

06.07.2012

Firstly aku nak cakap Alhamdullilah kepada Allah sebab permudahkan segala urusan pernikahan, persandingan ku..

Yahoooo.. sekarang aku bergelar isteri. Isteri kepada husband tercinta MOHD HELMI BIN MOHAMAD JAIT. Dengan sekali lafaz " AKU TERIMA NORLIN BINTI MINHAT DENGAN MAS KAHWINNYA RM200 TUNAI ".

Tapi masih tak percaya aku dan si demok sudah jadi suami isteri. Yang dulu time couple2 hari-hari berperang. Perang dunia pun kalah hahaha.. dalam sehari hanya baik 2 jam je.. selebihnya berperang. Cerai rujuk da beratus kali huhu ( ni da kawin x leh main cerai2).. Tapi jodoh panjang Alhamdullilah kami disatukan dengan ikatan yang sah. Semoga perkahwinan kami diberkati Oleh Allah dan kekal hingga akhir hayat. Saya sayang suami saya (^_^).

Aku post la sikit picture kahwin aku kat sini..












BASIKAL

Sabtu ppagi aku dengan adik aku pergi pasar tani.. tapi pasar tu pasar cina hihi.. aku just pergi beli ikan & sayur je.. sebab bagi aku kedai orang melayu pun beli ikan semua tu kat cina gak.. boleh la ikan semua kat pasar ni segar-segar..

Sedang aku dengan adik aku jalan2 tengok baju semua tiba-tiba ada suara perempuan tua " NAK MAMPOS KE? " Perggghhhh bingit telingga aku dengar! orang tua naik basikal dari belakang aku cakap macam tu.. bengong makcik tu da tahu pasar, orang padat lak tu yang dia g naik basikal buat apa.. sengal tol.. da ler dari belakang aku mana aku tau dia nak lalu ari belakang.. yang aku geram mulut die macam longkang! makcik tu melayu.. macam tu ke orang melayu?? yang penuh dengan sopan santun??

Nasib baik la orang tua kalau muda aku da sepak basikal dia tu biar jatuh.. huhuhu..

Kau terlepas makcik tua mulut longkang!!