PEREMPUAN

Perempuan..perempuan.. ada apa dengan perempuan?? Macam-macam ado hihi..
Orang cakap untung jadi perempuan. Lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan. Betul ke? memang betul la wei. Tanpa perempuan lelaki tak sempurna tau.

Cuba tengok kalau dah kahwin. Kalau isteri tak basuh baju suami, seluar dalam suami  alamatnye memang berkulat la hehehe.. Rumah, bilik air kalau isteri tak kemas dan basuh memang jadi kapal karam la kan..  masak semua la.. apa orang cakap perempuan ini SUPER WOMEN la.. Aku bangga
jadi PEREMPUAN!! wah semangat betul aku ni..

Tapi jadi perempuan perlu banyak sabar ooo.. bertubi-tubi soalan akan orang persoalkan. Masa bujang  Orang akan tanya, bila ekau nak tunang? tak do calon lae ko?. Eeeee.. sibuk je la orang ni hendak tau bila aku nak tunang..kadang-kadang aku jawab je tunggu mak cik kahwin lagi sekali ek.. jawapan agak kasar dan biadap..Huh! lantak la hai sape suruh tanya hehe..

Bila aku sudah tunang orang akan tanya pula bila nak kawin.. jangan lama2 tunang tak elok.
Eleh sibuk je, bukan dia pun yang bagi duit hantaran. kalau dia yang tolong tunang aku bagi duit hantaran tak pe gak. Ni banyak cakap lak dia. Bila da ramai kebeno tanya aku soalan macam tu aku jawab maybe sok kot kahwin.. ha! ambek kau jawapan yang biadap lagi. Tension oooo orang ni tak penat ke nak tanya soalan-soalan cepumas macam ni?? Ayoyo..APTB

Sekarang aku dah kahwin pun.. Nak masuk 3 bulan aku kahwin. Aku pikir bila aku da kahwin tak ada soalan cepumas lagi.. Rupe2 nye memang ada la.. OOO Oiii.. mana-mana aku pergi mesti sedara, kawan-kawan tanya da de isi ke? adoi ai baru lagi la.. Stress nye nak jawap  soalan macam ni. Lagi teruk hari tu aku baru je tak smapai sebulan pun dah de orang tanya. Apa ke pelik orang ni.. Tak kan la cepat sangat aku pregnant  kot.. Kalau sebulan aku kahwin orang tanya da de isi ke? aku jawab isi perut de ar! Sampai sekarang orang dok tanya aku da ada ke? Aku hanya mampu berkata tak ada rezeki lagi.

Siapa yang tak nak anak bila da bergelar isteri dan suami. Tapi aku hanya mampu buat projek je :) Allah yang berkuasa. Samada Die nak bagi awal atau lambat. Dalam hati aku hanya mampu berdoa dan tawakal sahaja.

Macam-macam petua kawan aku bagi tapi belum ada rezeki aku nak buat macam mana kan.. Hanya naluri seorang perempuan yang sama nasib macam aku je tau rasanye kalau orang asyik dok tanya.. Sedih + geram = TERTEKAN.

Tapi alhamdullilah suami aku bukan jenis push aku. kalau tak masak gak aku.. nasib dia banyak bagi semangat kat  aku.. Terima kasih abang kerana memahami ayang.. Sayang sangat abang muuuaahh :)






No comments:

Post a Comment